Sunday, December 27, 2009

Bersama Membantu Menjana Ekonomi LTKS



Pelbagai lagi produk-produk yang bakal dijual oleh Biro Ekonomi LTKS. Nantikan!!!
*JANGAN LUPA BELI !

Thursday, October 22, 2009

Tribute untuk alumnai & bakal alumnai LTKS KTDI


Cerita Hati
Munsyid : Hafiz Hamidun


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta



baru dan lama~



lagi lama & lama



2 warga KTDI di IKIM



dua orang warg KTDI yang juga merupakan ahli LTKS KTDI telah dijemput ke konti radio IKIM bagi membicarakan tentang program KEKASIH'09

Mereka yang dimaksudkan adalah saudara Muaz dan Saudara Syazwan yang juga merupakan pengarah program tersebut.

perbincangan banyak mengulas mengapa program itu diadakan di Kemboja. berdasarkan kepada respon saudara Muaz, KTDI sebelum ini telah mengadakan beberapa siri program antarabangsa antaranya ke Thailand, Acheh dan lain-lain. Jadi program Kekasih mengambil tempat di Kemboja.

Syazwan dalam ucapannya menambah, kedaifan penduduk Acheh dan kapasiti mereka yang hanya 10% peduduk muslim menyebabkan Kemboja dipilih. berbanding dengan masyarakat Malaysia yang mudah untuk mendapatkan bekalan daging dan berbeza sekali dengan masyarakat kemboja, maka program ini memang wajar diadakan di sana.

antara progra yang diakan di Kemboja nanti adalah Sunaton (Sunat berama-ramai) yang akan dikendalikan oleh para doktor di Kemboja dan dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM. selain daripada itu, Pusat Tamadun Islam juga akan mengadakan kelas bacaan Iqra di sana. hal ini penting kerana pembangunan ilmu juga amat dititik beratkan bertepatan dengan saranan Rasulullah saw dalam sebuah hadisnya.

untuk makluman sebanyak RM10,000 telah disampaikan pada pra-lawatan yang diadakan dalam bulan Ramadhan yang lepas. antara bantuan lain yang diadakan adalah pengagihan makanan dan pembinaan kemudahan prasarana seperti perigi dan tandas. selain dari itu kemudah jeneretor untuk electrik turut diberikan sebanyak 10 buah.

kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepada program KEKASIH'09 ini boleh menghubungi saudara Syazwan di talian 017-6990217.

atau boleh memasukkan ke dalam akaun program
0116-0000253-10-3.

Tuesday, October 20, 2009

lagu tema AGM LTKS





Adakah Kau Lupa

Alarm Me


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah


Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir



LTKS KTDI mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester.

niatkan kerana Allah, semoga kita semua mendapat restu daripadanya.


Monday, October 19, 2009

AGM LTKS; TERBAIK DAN TERMANTOP!

Tahniah kepada semua warga Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan LTKS, diatas kejayaan menganjurkan majlis yang indah dan yang terbaik ini. Semoga kalian beroleh rahmat dan kasih sayang Allah! Amin..

Tetamu VIP menunggu diruang menunggu VIP (Presiden PMIUTM sesi 09/10 Akhi Mohd Khairul b Abdullah Halim bersama mentornya Akhi Khairul Azly b Zahan)

Pendaftaran muslimin dan muslimat di kaunter pendaftaran, yuran keahlian selama setahun sebanyak RM3 turut dikutip. Buku program, Gema Ilmu dan Penanda buku diberikan kpd setiap tetamu. Pendaftaran ahli baru turut dibuka.

Majlis bermula dgn bacaan doa oleh Saudara Ikram (1-SKP) yg turut di aminkan oleh para tetamu (terutamanya Akhi Mahazmi Burhanuddin). Majlis diteruskan dgn nyanyian lagu tema, Adakah Kau Lupa (Alarm me). Para tetamu menyanyi dgn penuh penghayatan dan kemerduan.

Sebahagian dari tetamu muslimin dan muslimat yang turut memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan LTKS KTDI.

Majlis terus diserikan dgn ucapan kata-kata nasihat dari Presiden PMIUTM sesi 09/10 dan seterusnya ucapan perasmian Majlis Mesyuarat Agung Tahunan LTKS KTDI. Perjalanan majlis disusuli pula dengan pembentangan laporan aktiviti LTKS sesi 08/09 dan laporan kewangan oleh Setiusaha Agung LTKS sesi 08/09, Saudara Ahmad Ridha serta tayangan montaj aktiviti sepanjang tahun.

Pembubaran saf kepimpinan LTKS sesi 08/09 oleh Bekas Pengerusi LTKS sesi 08/09 Saudara Abdul Hadi dan seterusnya perlantikan muka-muka baru saf kepimpinan LTKS sesi 09/10. Tahniah dan takziah mengiringi perlantikan tersebut. Sebaik selesai perlantikan, majlis diteruskan dengan ucaptama dari Pengerusi LTKS sesi 09/10, Saudara Muhammad Fahmi b Md Amin dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh saf kepimpinan yang baru dilantik. Ikrar berisi janji taat setia dan usaha bersungguh-sungguh menjalankan amanah. "Sekiranya kami betul maka ikutilah kami, seandainya kami salah maka perbetulkanlah kami."

Penyampaian cenderahati buat tetamu VIP oleh Pengerusi LTKS sesi 09/10 dan diikuti acara nombor cabutan bertuah. Hadiah disampaikan oleh akhi Mohd Khairul b Abdullah Halim dengan diiringi oleh Pengarah AGM saudara Mohd Mazlan.


Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan ringan berupa mee goreng dan minuman teh '0, manakala dimeja hidangan VIP berupa mee goreng + ayam goreng + teh 'o. Turut menerima dan memenuhi undangan adalah Timbalan Presiden 1 PMIUTM sesi 09/10, akhi Zaki Haron dan Naib Presiden 1 PMIUTM sesi 09/10, akhi Hafizuddin Misbah (tiada dalam gambar)

Saturday, October 17, 2009

Annual Grand Meeting LTKS KTDI

JOM RAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN LUJNAH TARBIAH DAN KEPIMPINAN SURAU (LTKS) KTDI. BERIKUT ADALAH BUTIR-BUTIRNYA:
TARIKH : 17 OKTOBER 2009 (SABTU)
MASA : 9.00MLM
TEMPAT: DEWAN SRI RESAK KTDI

DAN BAKAL DIRASMIKAN OLEH PRESIDEN PMIUTM SESI 09/10. AYUH MERIAHKAN AGM KALI INI! JUMPA DI SANA!

Saturday, October 10, 2009

CIRI-CIRI KEPIMPINAN ISLAM



"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari

berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.

Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :

1 - Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya', 'ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.

2 -Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.

3 - Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4 - Lemah lembut.

"Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya"

5- Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.


6- Bercakap benar dalam semua keadaan.

"cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar"

7 - Tawadu' dan merendah diri terhadap orang-orang mu'min.

"Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin" (As-Syura : 215)

"....merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir..."
(al-Maidah : 54)

8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

".....dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf"
(ali-Imran : 134)

9 - Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.

10 - Sabar yang tinggi

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali-Imran :200)

"Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar"
(al-Baqarah : 153)

11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati

12 - wara' dan Zuhud

13 - Bersiafat adil dan Insaf

14- Menjaga agama dan batas-batasnya

15- Memelihara perpaduan

16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan

18 - Tetap diatas kebenaran

19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri

20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.

....dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.

Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita, kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.

sumber :muhaimin87.blogspot.com/'Amal Jama'i (pengertian dan tuntutannya) Ust Hj Yahya Othman

Thursday, October 08, 2009

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI



Rasa-rasanya masih belum terlambat bagi kami di pihak Lujnah Tarbiah dan Kepimipinan Surau (LTKS) KTDI, untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri buat semua pengunjung blog ini khususnya dan seluruh umat Islam yang berada di atas muka numi milik Allah ini. Setelah selama sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, marilah bersama-sama pula meneruskan tarbiahRamadhan yang lalu dengan berpuasa sunat di bulan Syawal yang mulia ini.

Friday, September 11, 2009

Iftar Sekampung-12 September

Bersempena dengan IHRAM'09
Majlis Buka Puasa Sekampung akan diadakan pada 12 September 2009
oleh yang demikian seluruh warga KTDI dijemput untuk sama-sama bergotong royong pada sebelah pagi untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.

jangan tak datang ya....

Monday, August 31, 2009

Ceramah Perdana- "Ramadhan is Puasa, Merdeka is .... "



assalamualaikum.bersempana Ramadhan Al-mubarak & kemerdekaan pada tahun ini LTKS dengan kerjasama JKM biro Kerohanian akan mengadakan ceramah kemerdekaan bertajuk Ramadhan is Puasa merdeka is?. tajuk ceramah bakal di kupas oleh Dr. hj Mohd Ismail Bin Mustari. ceramah ini akan diadakan di Dewan Seri Resak Kolej Tun Dr. Ismail bermula jam 9.30pm @ selepas ceramah. muslimin muslimat dijemput hadir.

Thursday, August 27, 2009

Bengkel Asas Kemahiran Fasilitator-BAKAT'09


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Team Fasi Lujnah Pendidikan dan Kepimpinan PMIUTM akan menganjurkan bengkel asas kemahiran fasilitator pada hari Sabtu, 29hb Ogos 2009 bertempat di Dewan Al-Ghazali, MSI. Bengkel yang akan bermula pada pukul 8pagi dan berakhir pada pukul 6 petang ini bertujuan untuk mengasah bakat serta mendedahkan ilmu-ilmu berkaitan dengan kemahiran untuk menjadi seorang fasilitator yang hebat. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran asas seorang mahasiswa seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam serta menyemai jiwa sebagai seorang pemimpin yang bakal berinteraksi dan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat kelak.

Bengkel ini bakal menampilkan 2 orang penceramah iaitu Ust Dr. Mohd Ismail B. Mustari, penasihat PMIUTM dan Dr. Hamdan dari Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM. Ust. Ismail akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Peserta Program Bermasalah? Bagaimana Mengatasinya? “ manakala Dr. Hamdan akan mengupas tajuk berkenaan dengan Etika Fasilitator Hebat. Selain slot ceramah, bengkel ini juga bakal diisi dengan slot-slot lain seperti LDK dan juga slot brainstorming.

Untuk makluman, pihak PMIUTM banyak menerima undangan untuk menjayakan kursus-kursus motivasi di sekolah-sekolah menengah dan rendah dalam negeri Johor. Terbaru, pihak PMIUTM di bawah kendalian LPK PMIUTM dijemput untuk menjayakan Kem Motivasi & Jati Diri (KEJAR ’09) yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih, Pengerang, Johor.

Justeru, Team Fasi LPK telah bertindak untuk menganjurkan bengkel ini bagi melatih mahasiswa mahasiswi tahun 1 khususnya yang berada dalam LPK PMIUTM sebagai persediaan awal kepada mereka untuk menjadi seorang fasilitator yang mampu membawa agenda dakwah itu sendiri di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada para peserta program nanti.

Oleh itu, semua sahabat LPK PMIUTM dan mahasiswa mahasiswi UTM dijemput hadir. Yuran sebanyak RM 5 dikenakan. Untuk penyertaan dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi saudara Azmi 013-7917680 (mahasiswa) dan Ratna 013-9718077(mahasiswwi). –Team Fasi LPK-

sumber:http://lpkpmiutm.blogspot.com

Saturday, August 22, 2009

IHRAM 2009

IHram atau Ihya Ramadhan diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan bulan yang penuh baroqah ini dengan amal ibadah.

LTKS kTDI telah merangka pelbagai program yang boleh disertai oleh warga KTDI bagi mengisi asa terluang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. (maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa)

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Solat jemaah maghrib dan Isyak serta solat terawih di adakan di Dewan Sri Resak. selepas solat terawih diadakan pula Moreh. Tambahan baru untuk tahun ini pula, majlis bersahur akan diadakan di surau an-Nasuha bagi muslimat. Bayaran RM2 dikenakan. sebelum bersahur akan diadakan qiamulai. kepada mereka yang berminat untuk bersahur bersama-sama bolehlah memberikan nama kepada saudari Khalisah di talian 013-7048935.

Tadarus al-Quran juga diadakan setiap petang selepas Solat Asar di surau An-Nasuha (M27) untuk musimat dan selepas solat terawih di Dewan Resak untuk muslimin.

Oleh itu kami di LTKS KTDI menyeru warga KTDI khususnya untuk sama-sama memeriahkan Ramadhan ini dengan pelbagai program yang akan diadakan. Bersamalah kita menjadikan Ramadhan ini yang terbaik.

Tuesday, August 18, 2009

Pening Kepala Cari Baju Raya?

pening kepala nak cari baju raya?

terutamanya baju labuh muslimat?

muslimin pulak nak beli kuih raya untuk ibu di
kampung?

pening kepala cari-cari tak jumpa..
nak gi servey asigmnt bertimbun nak siapkan...
hah apa kata beli aje dengan kak Na...

(mantan TP LTKS sesi 2006)

T-Shirt Labuh Muslimat:

RM32 - satu helai
RM 90 - 3 helai



Tempahan Biskut raya juga boleh direct pada Kak Na...


Tapi kalau malu2 boleh je tempah pada wakil kak Na di KTDI ni =p

kak m_s 013-7930998



Riang Ria Family Day LTKS KTDI


....LTKS KTDI....

Alhamdulillah pada 15 ogos 2009, LTKS KTDI telah mengadakan Program Hari Keluarga LTKS. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara ahli baru LTKS terutamanya adik-adik tahun satu dengan senior-senior LTKS.

Program ini diadakan di Hutan Bandar Mutiara Rini. pada jam 8.00 pagi para peserta berkumpul di dataran resak dan bertolak ke Mutiara Rini. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit.
Program pagi itu dimulakan dengan sedikit pengisian yang disampaikan oleh Akhi Muhajirih.
Selepas bersarapan, para peserta dibahagiakan kepada dua kumpulan besar iaitu lelaki dan perempuan. dalam setiap kumpulan ini mereka dibahagikan lagi kepada kumpulan-kumpulan kecil. aktiviti pagi itu diteruskan dengan aktiviti explorace.

program tamat kira-kira jam 12.30 tengah hari. majlis disudahi dengan penyampaian hadiah kepada setiap peserta.

gambar-gambar sekitar program hari keluarga LTKS KTDI


antara adik-adik muslimat yang hadir. merasa bahagia walaupun kaki diikat.

susah agaknya nak ikat kasi ketat kaki tu. apa-apa pun jangan sampai tersadung sudah.
disebabkan kekurangan tiang maka belon diikat di kaki...

budak-budak yang sentiasa bahagia.

sesi ramah mesra... apalah yang gembira sangat tu ya aniza?

nama... tarikh lahir... asal... perkara dibenci... HINT apa HINT??? bukan H1N1 tau...

Penaja utama sarapan Faily Day LTKS. nampak stress aje TP1??? InsyaAllah makanan cukup..

Majlis tambah diberkati dengan bacaan doa dari saudara Muaz..

Boleh jadi MC... MC dari kalangan junior.. bagus2

antara yang pantang jumpa camera. akhirnya si empunya camera yang tiada dalam gambar...

jangan petik bunga di Taman Larangan... bimbang2 ia Ungu Karmila =P

Macam peserta rancangan Fear Factor...

....LTKS KTDI....

mereka yang menyampaikan lagu pada hari itu... menerima hadiah dari wakil MPP juga mantan Pengerusi LTKS sesi 2008/2009

lima sekawan sedang belajar bejalan bersama. ayuh jangan putus asa...

mengapakah ini? teringat zaman kecil2 dulu...

AWAS! ini bukan tarian zapin atau perlawanan futsal...

Gaya APAKAH ini?! Birthday Boy pada hari itu. Selamat Hari Lahir Syazwan (15/8/88)

mereka yang sentiasa gembira...

sukanya akhi azli menampal adik2 tu ya. mesti teringat masa junior2 dulu pun kena macam tu.

mengisi perut...

7 sekawan...

mencari-cari tapak... huhu semua tempat tak boleh ke?

kusyuk mendengar... jangan tidur sudah.
Akhi muhajirih pentazkirah pada hari itu...