Saturday, July 30, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah... sedar tak sedar, bulan mulia Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Sudahkah kita bersedia? Sudahkah kita merancang bagaimana akan kita laluinya? Sudahkah kita meletakkan target kita untuk Ramadhan kali ini?

Di kesempatan ini, kami dari LTKS mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa, selamat berterawih, selamat beramal soleh... Semoga dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar. Jangan lepaskan peluang ini!






Harap-harap lepas ni bolehlah jadi imam dan bilal di kampung masing-masing :)

Sekian...

Indahnya Ukhuwah

Pada 10 April 2011, LTKS KTDI bersama Kelab Islam Hadhari Kolej 11 telah mengadakan Family day yang pertama untuk sem baru ini. Berlainan dari sebelumnya, family day kali ini di buat di IOI Mall, Kulai. Terdapat pebagai aktiviti menarik antaranya tazkirah oleh Ustaz Muhajirih, permainan mengumpul tanda tangan dan acara kemuncaknya ialah pertandingan Bolwling berkumpulan. Pelbagai telatah ditampilkan para peserta yang memeriahkan lagi hari keluarga tahun ini. Diharap ikatan ukhuwah antara ahli akan lebih mantap lagi selepas hari keluarga ini.

Beberapa gambar yang dapat di kongsi:












Sekian :)