Saturday, February 20, 2010

Titian Kasih




Titian Kasih. Lawatan ke rumah anak yatim.
salah satu aktiviti yg diadakan smpana MIKS '10..

diadakan pada 7 Mac 2010, pada jam 8am - 3 pm.

Sumbangan wang dan pakaian amat diperlukan.

Sesiapa yg ingin menghulurkan bantuan boleh hantarkan

1) Nama

2) Blok/kolej
ke 013-9654842. Pihak AJK MIKS'10 akan ke blok anda untuk mengambil sumbangan tersebut.


Kepada sesiapa yg berminat utk menyertai lawatan ini, sila hantar nama dan no kad pengenalan ke 013-9654842 sebelum 28/2/2010. Yuran RM5 je....

Hulurkan tangan, ringankan beban



Explorace Challange

Explorace Challange merupakah salah satu program yang akan diadakan sempena MIKS '10.
Diadakan pada 6 Mac 2010 pada jam 8.30 am - 1 pm...
Terbuka kpd semua siswa siswi UTM.
4 orang 1 kumpulan..
Tempat : Lingkaran Ilmu
Hadiah utama : RM350

Macam2 aktiviti menarik disediakan... mmg berbaloi.

Sebarang pertanyaan dan untuk menyertai sila hubungi:
Shahrul : 013-5325301
Ikram : 013-2371659
Tan : 017-6166261





Thursday, February 18, 2010

Minggu Inspirasi Kesatuan Komuniti 2010 (MIKS '10)

Salam Ukhuwah....


Jom Sesame memeriakan Minggu Inspirasi Kesatuan Komuniti 2010 (MIKS '10) yg diadakan pada 5 Mac 2010 - 7 Mac 2010.. Anjuran LTKS dan JKM KTDI.

Antara aktiviti yg diadakan ialah:
- Forum Perdana (5 Mac 2010)
- Endurance Chalange (6 Mac 2010)
- Nisa' Night (6 Mac 2010)
- Tayangan Video (6 Mac 2010)
- Titian Kasih (7 Mac 2010)
- Majlis Penutup (7 Mac 2010)


Sudut Tazkirah PMIUTM

Jom pakat ramai2 sertai Tazkirah Corner PMIUTM di Facebook.
Sila klik gambar dibawah



Tidak lupa juga, jom sertai group LTKS @ KTDI di facebook... Untuk menyertai KLIK DI SINI


Sunday, February 07, 2010

Bulan Ini Bulan Cinta

Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day.

Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


Setiap Hari adalah Hari Kekasih


Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berkasih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.

Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.

Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"

Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahalazim..

Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan?

Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan.

Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.

(artikal drpd iluvislam.com)

"Sandera Kebun Cinta"


Insya-Allah pada 9/2/2010 ini pada pukul 9 malam bertempat di Dewan Sri Resak, akan diadakan ceramah sempena Valentine's Day yg bertajuk "Sandera Kebun Cinta". Ceramah ini bakal disampaikan oleh Ustaz Muhyiddin bin Md Sarip.
Warga KTDI dijemput dhadir utk mengambil input-input yg berguna dari majlis ilmu ini.