Friday, February 25, 2011

Tahniah S/U LTKS..!!!

Pilihanraya Kampus (PRK '11) telah berakhir dan keputusan PRK UTM telah diketahui. Tahniah kepada calon perwakilan mahasiswa yang telah dipilih oleh mahasiswa UTM dan bagi yang tewas, tidak mengapa, anggaplah ia sebagai ujian yang mendatang dan berusaha lagi bagi pemilihan akan datang.


Untuk makluman semua, setiausaha LTKS, Siti Khairunnisah Binti Ghazali (2-SKR), telah bertanding merebut kerusi perwakilan pelajar bagi Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saudari Siti Khairunnisah telah memenangi salah satu kerusi perwakilan pelajar bagi FKK. Tahniah dan Syabas diucapkan... Semoga beliau dapat menjaga amanah mahasiswa dengan baik dan dedikasi dalam tugasnya... Amin...

Saudari Siti Khairunnisah Binti Ghazali (2-SKR)

Kenangan Dinner Merak 2011...

Tahniah dan syabas kepada LTKS kerana julung kali memenangi 'Anugerah Laskar Resak 2011 (Kelab Aktif & Berjaya) pada majlis makan malam Merak 2011 di Dewan Haryati, Majlis Wanita Johor (MAWAR), Johor Bahru. Selain itu, mantan TP Aktiviti LTKS, Saudari Khalisah Zahri turut mendapat anugerah. Di samping itu, Ketua Biro Aktiviti LTKS, Muhammad Zulhilmi Bin Ahmad mendapat 'Anugerah Laksamana Tunas Resak' (Cemerlang Akademik & Kokurikulum) atas prestasi beliau yang mantap... Semoga LTKS dan ahli-ahli dapat berganding bahu demi mengekalkan kejayaan di dunia & di akhirat... Insya Allah...

Laskar Resak Bukan Laskar Pelangi... Hehehe

Bergambar Kenangan... Alhamdulillah... Syukur...

Bersama 'Abang Baju Hijau' a.k.a Photographer.. Huhuhu

Futsal Ukhuwah LTKS & KIHAD....


Ukhuwah Terjalin...
Itulah yang boleh diungkapkan semasa perlawanan futsal antara LTKS menentang KIHAD. Bersempena cuti Maulidur Rasul pada 15 Februari 2011, tatkala berada dalam minggu ujian, ahli-ahli LTKS dan KIHAD bersemangat waja bermain futsal di Court Futsal Kolej 11. Para pemain LTKS di ketuai sendiri oleh Pengerusi LTKS, Mohamad Saihan datang seawal jam 8 pagi dan menunggu kehadiran para pemain KIHAD yang di ketuai oleh Pengerusi KIHAD, Muhamad Suhaib (maklumlah cuti, pelajar mesti tidur). Akhirnya, perlawanan futsal ini dimenangi oleh LTKS (tidak tahu keputusan jaringan gol). Semoga perlawanan persahabatan seperti ini dapat di laksanakan demi menjalin ukhuwah sesama ahli-ahli. Amin....

Ketua Biro Aktiviti, Muhammad Zulhilmi Ahmad Bergaya...


Timbalan Pengerusi, Muhammad Ikram Sampai Terangkat... Hehehe

Ketua Biro Ekonomi, Ahmad Hazim Abd. Aziz.

Pengerusi Bergaya... Huhuhu

Pengerusi KIHAD, Muhamad Suhaib.

Rembatan Kencang...

Gaya Kak Limah Oii...

Siap-Sedia...

Hilmi Khalim Tersenyum Seketika... Huhuhu

Abang 'Kachak', Muhamad Qadhir...

Gol Kemenangan LTKS...!!

Bergambar Bersama Setelah Penat Bermain...

Senyum.... Huhuhu

Saling Bersalaman Terjalin Ukhuwah...

Gembira Keriangan.. (Terutama Sekali Ahmad Syakir Ridzuan) Huhuhu...

Sunday, February 13, 2011

Indahnya Sekebun Cinta Taman Firdausi.....

Alhamdulillah...
Bersyukur Kepada Ilahi...
Pada tanggal 11.02.2011, program Sekebun Cinta Taman Firdausi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa dan mahasiswi sekitar UTM. Penceramah jemputan, Ustaz Dr. Hj. Ismail Mustari ternyata memberi impak yang mendalam terhadap mahasiswa tentang CINTA. Begitu indah dan puitis segala informasi yang diberikan.


Program ini diadakan bersempena sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day yang telah difatwakan haram oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Umat Islam DILARANG menyambut perayaan ini. Biarlah kita mencari cinta yang hakiki serta di redhai Allah S.W.T.


Pengarah Program, Hilmi Abd. Khalim.
Pengarah program 'Sekebun Cinta Taman Firdausi', Hilmi Abd. Khalim ternyata bersyukur dengan sambutan hangat mahasiswa UTM. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Hj. Ismail Mustari begitu mantap dan para mahasiswa terhibur dengan kisah serta celoteh ustaz semasa ceramah ini diadakan.


Ustaz Dr. Hj. Ismail Mustari Ketika Memberi Ceramah.


Gambar-gambar sepanjang program Sekebun Cinta Taman Firdausi.....


Abang We...

Mantan Presiden, Khairul & Presiden PMI UTM, Zaki Haron..
Ustaz Dr. Hj. Ismail Mustari.


Renungan Tajam Pengerusi LTKS, Muhamad Saihan.





Penyampaian Cenderahati.

Hamba 'Abang Baju Hijau', berharap agar program keagamaan seperti ini akan berterusan dan dapat memberikan input-input yang lebih berguna dan segar kepada mahasiswa akan datang. Amin....






Tuesday, February 01, 2011

Khusyuk??










Hadis dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.