Pengenalan

Pengenalan
Lujnah Tarbiah dan Kepimpinan Surau, Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Teknologi Malaysia. Merupakan sebuah kelab amal Islami yang terdapat di Kolej Tun Dr. Ismail, UTM Skudai. Bernaung di bawah Biro Kerohanian JKM KTDI, kelab ini bergerak aktif dalam menjalankan segala aktiviti kerohanian, ilmiah, dan kemasyarakatan yang holistik selaras dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat.


Visi LTKS

Mewujudkan suasana biah solehah (suasana sebenar Islam) di dalam kampus KTDI khususnya dan UTM amnya.

Misi LTKS
  • Membuktikan bahawa Islam itu syumul dan bukannya didefinisikan hanya di surau.
  • Menjadikan LTKS sebagai role-model bagi kelab –kelab di KTDI.
  • Istiqamah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar di KTDI khususnya dan UTM amnya.
  • Menjadikan warga kolej supaya dapat mentaati peraturan Allah dan mematuhi peraturan manusia yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah.
  • Menjaga kebajikan AJK khasnya dan warga kolej amnya.
  • Menerangkan tentang keindahan Islam dan menyangkal segala fitnah serta tohmahan mengenai Islam.
  • Mengimarahkan surau.
  • Merapatkan ukhuwah di kalangan semua warga kolej termasuk bukan Islam.
  • Melahirkan saf kepimpinan yang berwibawa dan dedikasi.
  • Menyusuri kefahaman Islam dengan lebih mendalam kepada warga kolej.
  • Mengembalikan peranan sebenar surau. 
Motto
"Islam Sebagai Cara Hidup"