Sunday, August 31, 2008

seLamaT daTang RamADhan....

assalammualaikum...

rasanya semua sedia maklum yang tidak lama lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak. dimana bulan ini penuh dengan keberkatan.

mengambil kesempatan ini, kami di LTKS menyeru agar semua sahabat-sahabat memperbanyakkan ibadah di bulan Puasa ini.

kami di LTKS dan JKM kerohanian KTDI mengadakan beberapa program yang menarik untuk sahabat-sahabat sekalian. jadi marilah bersama-sama memeriahkan Ramadhan ini dengan aktiviti-aktivi yang berfaedah.

antara program yang diadakan ialah solat berjemaah (maghrib, isyak dan terawih) di DSR KTDI, tadarus al-Quran setiap hari selepas asar di surau al-ilmu bagi muslimin dan an-Nasuha bagi muslimat.

selain dari itu turut diadakan seminar dan bermacam lagi.

jadi marilah kita memperbanyakkan program-program ibadah di Ramadhan ini dan menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. semoga kita temui kebahagiaan yang tidak terhingga di Ramadhan ini.

ayuh sahabat!!! JADIKAN INI RAMADHAN YANG TERBAIK KERANA KITA TIDAK TAHU INI MUNGKIN RAMADHAN YANG TERAKHIR BAGI KITA!.

Thursday, August 14, 2008

IFTAR LTKS HARI INI (KHAMIS, 14/8/08) DIBATALKAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.

harap maklum.....

peringatan....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama
seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak
pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah
kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari
lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih
panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah
lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab

Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg
kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga
Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar
kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar
kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan
masuk ke dalam neraka? " Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari
ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian
nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun
yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Wednesday, August 13, 2008

iftar LTKS

setiap khamis akan diadakan iftar LTKS.

Tempat : DSG KTDI
masa : 6.45pm
bayaran : RM2

bagaimana nak menyertai????

hantarkan ke 0137133438 sebelum pukul 6pm hari rabu.

p/s: adalah menjadi tanggungjawab anda apabila sudah memberi nama perlu hadir bagi mengelakkan pembaziran. selain itu pastikan datang awal...

terbuka kepada semua warga UTM......

-amalkan Islam sebagai cara hidup-

Saturday, August 09, 2008

IHRAM'08


























assalammualaikum....


sempena bulan RAMADHAN yang bakal menyusur tiba ini, kami di LTKS dan BIRO KEROHANIAN KTDI amat berharap agar penghuni KTDI boleh menyumbangkan tenaga untuk program IHRAM (IHYA RAMADHAN)





apa yang anda boleh lakukan?





hanya sms ke 0175223735 sHj.





terdapat banyak program menarik yang boleh anda sertai. sijil dan pengalaman menjadi milik anda.





tapi apa yang ebih penting lagi anda boleh menjadikan bulan ramadhan ini lebih bermakna dengan terlibat dalam gerak kerja Islam.





jadi apa tunggu lagi.............

(p/s : penyertaan masih terbuka walaupun sudah tarikh tutup)

harap maklum..