assalammualaikum...
rasanya semua sedia maklum yang tidak lama lagi kita akan melangkah ke bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan al-Mubarak. dimana bulan ini penuh dengan keberkatan.
mengambil kesempatan ini, kami di LTKS menyeru agar semua sahabat-sahabat memperbanyakkan ibadah di bulan Puasa ini.
kami di LTKS dan JKM kerohanian KTDI mengadakan beberapa program yang menarik untuk sahabat-sahabat sekalian. jadi marilah bersama-sama memeriahkan Ramadhan ini dengan aktiviti-aktivi yang berfaedah.
antara program yang diadakan ialah solat berjemaah (maghrib, isyak dan terawih) di DSR KTDI, tadarus al-Quran setiap hari selepas asar di surau al-ilmu bagi muslimin dan an-Nasuha bagi muslimat.
selain dari itu turut diadakan seminar dan bermacam lagi.
jadi marilah kita memperbanyakkan program-program ibadah di Ramadhan ini dan menjadikan Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. semoga kita temui kebahagiaan yang tidak terhingga di Ramadhan ini.
ayuh sahabat!!! JADIKAN INI RAMADHAN YANG TERBAIK KERANA KITA TIDAK TAHU INI MUNGKIN RAMADHAN YANG TERAKHIR BAGI KITA!.
No comments:
Post a Comment