Tahniah kepada semua warga Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan LTKS, diatas kejayaan menganjurkan majlis yang indah dan yang terbaik ini. Semoga kalian beroleh rahmat dan kasih sayang Allah! Amin..
Tetamu VIP menunggu diruang menunggu VIP (Presiden PMIUTM sesi 09/10 Akhi Mohd Khairul b Abdullah Halim bersama mentornya Akhi Khairul Azly b Zahan)
Pendaftaran muslimin dan muslimat di kaunter pendaftaran, yuran keahlian selama setahun sebanyak RM3 turut dikutip. Buku program, Gema Ilmu dan Penanda buku diberikan kpd setiap tetamu. Pendaftaran ahli baru turut dibuka.
Majlis bermula dgn bacaan doa oleh Saudara Ikram (1-SKP) yg turut di aminkan oleh para tetamu (terutamanya Akhi Mahazmi Burhanuddin). Majlis diteruskan dgn nyanyian lagu tema, Adakah Kau Lupa (Alarm me). Para tetamu menyanyi dgn penuh penghayatan dan kemerduan.
Sebahagian dari tetamu muslimin dan muslimat yang turut memeriahkan Mesyuarat Agung Tahunan LTKS KTDI.
Majlis terus diserikan dgn ucapan kata-kata nasihat dari Presiden PMIUTM sesi 09/10 dan seterusnya ucapan perasmian Majlis Mesyuarat Agung Tahunan LTKS KTDI. Perjalanan majlis disusuli pula dengan pembentangan laporan aktiviti LTKS sesi 08/09 dan laporan kewangan oleh Setiusaha Agung LTKS sesi 08/09, Saudara Ahmad Ridha serta tayangan montaj aktiviti sepanjang tahun.
Pembubaran saf kepimpinan LTKS sesi 08/09 oleh Bekas Pengerusi LTKS sesi 08/09 Saudara Abdul Hadi dan seterusnya perlantikan muka-muka baru saf kepimpinan LTKS sesi 09/10. Tahniah dan takziah mengiringi perlantikan tersebut. Sebaik selesai perlantikan, majlis diteruskan dengan ucaptama dari Pengerusi LTKS sesi 09/10, Saudara Muhammad Fahmi b Md Amin dan diikuti dengan bacaan ikrar oleh saf kepimpinan yang baru dilantik. Ikrar berisi janji taat setia dan usaha bersungguh-sungguh menjalankan amanah. "Sekiranya kami betul maka ikutilah kami, seandainya kami salah maka perbetulkanlah kami."
Penyampaian cenderahati buat tetamu VIP oleh Pengerusi LTKS sesi 09/10 dan diikuti acara nombor cabutan bertuah. Hadiah disampaikan oleh akhi Mohd Khairul b Abdullah Halim dengan diiringi oleh Pengarah AGM saudara Mohd Mazlan.
Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan ringan berupa mee goreng dan minuman teh '0, manakala dimeja hidangan VIP berupa mee goreng + ayam goreng + teh 'o. Turut menerima dan memenuhi undangan adalah Timbalan Presiden 1 PMIUTM sesi 09/10, akhi Zaki Haron dan Naib Presiden 1 PMIUTM sesi 09/10, akhi Hafizuddin Misbah (tiada dalam gambar)
1 comment:
tahniah dan takziah kepada pimpinan LTKS yang baru. semoga dapat membawa agenda dakwah dan tarbiah dalam siri kepimpinan kali ini. buat mantan pimpinan marilah kita meneruskan perjuangan dan sokongan kepada perjuangan memartabatkan Islam di bumi Allah. kita bekerja bukan atas dasar semangat atau jawatan sebaliknya kerana ia amanah setiap mereka yang mengucap Lailaha illa Allah
Post a Comment