Sunday, June 28, 2009

Selamat Datang Warga Baru KTDI

Assalamualaikum…

Kami dari warga LTKS KTDI mengucapkan selamat datang kepada adik-adik baru ke kolej KTDI. Tentu adik-adik semua dalam keadaan berdebar-debar dan exited untuk memulakan kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi UTM.

Adalah menjadi kebiasaan apabila kita berada ditempat baru kita akan merasa asing dan sunyi. Waktu inilah kita akan berusaha untuk mencari kawan dan teman. Apa yang ingin kami katakanan, kami di LTKS sentiasa menerima kehadiran adik-adik semua. Jika adik-adik mempunyai sebarang masalah datanglah berjumpa dengan kami. insyaAllah kita cuba bina ukhwah dan saling bersaudara di sini.

Dikesempatan ini juga kami di LTKS ingin menerangkan sedikit sebanyak mengenai kolej KTDI ini.

Alhamdulillah kolej KTDI terletak di kawasan lingkaran dalam. Kolej ini berdekatan dengan kawasan utama UTM antaranya Masjid Sultan Ismail(MSI), Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Dewan Komputer (CICT), kawasan menunggu bas dan teksi dan bermacam lagi.

Selain itu di KTDI sendiri terdapat pelbagai kemudahan antaranya kemudahan computer (Cyber 5), kemudahan surau (surau al-Ilmu & surau an-Nasuha), bilik koperasi, kemudahan riadahan seperti gelanggang tenis, gelanggan bola keranjang, futsal dan lain-lain.

Lkami di LTKS KTDI menjemput adik-adik untuk sama-sama menyertai kelab kami. insyaAllah dengan menyertai kelab kami, adik-adik akan mempunyai kumpulan kecil yang dipanggil mentor-menti ataupun team usrah. Selain membincangkan tentang persoalan agama dan isu semasa, usrah juga umpama keluarga kecil adik-adik di UTM. Dengan usrah segala masalah dapat dikongsi bersama.

Selain itu aktiviti menarik juga diadakan. LTKS bukan hanya menawarkan aktiviti dalam kampus, malah dengan kerjasama biro kerohanian JKM KTDI LTKS telah mengadakan aktiviti di kemboja. Perancangan seterusnya adalah ssambutan korban di Acheh.

Banyak lagi yang adik-adik boleh dapatkan. Apa yang penting semoga kita bersama dapat membentuk ukhwah yang diredai Allah.

Akhir kata, Selamat Menempuh Kehidupan Universiti =)

No comments: