Wednesday, February 18, 2009

Jabatan Kerohanian MPP anjur Program MAHAR'09

Kempen Mahasiswa Sedar (MAHAR '09) merupakan lanjutan kepada program yang berbentuk Islamik yang diadakan di bumi UTM. Program ini akan lebih memfokuskan gejala hedonisme dan kesannya kepada mahasiswa seperti pemakaian, ibadah solat dan lain-lain. Kempen ini bakal digerakkan dengan pelbagai kaedah yang mengkhususkan kepada meningkatkan kematangan sosial di kalangan warga UTM. Hal ini penting bagi menyediakan mahasiswa yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran hidup di dunia luar apabila tamat pengajian di UTM. Program yang bertemakan "Mahasiswa Cakna Tunjang Kematangan Sosial" ini berobjektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kampus tentang hedonisme yang menyumbang kepada masalah sosial yang semakin menular dan membantu dalam mengatasi masalah sosial di UTM. Dengan matlamat tersebut, program yang insya'ALLAH bakal dilancarkan pada 21 Februari 2009 ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat khususnya mahasiswa dan mahasiswi UTM terhadap kesan buruk hedonisme terhadap akhlak dan moral muda-mudi.

Butiran Kempen Mahasiswa Sedar '09
Tarikh : 21 Februari 2009 – 28 Mac 2009
Tempat : Di sekitar UTM

Antara program yang bakal dijalankan sepanjang kempen:
  • Bengkel Cintaku Dari Ilahi (CINDAI ’09)
  • Pelancaran Kempen Mahar 2009
  • Pertandingan Kreatif
  • Mobilasi Material (Edaran Risalah, Poster, Flyers, Sticker Dan Banner)
sumber: http://mahar09.blogspot.com/

*** tahniah diucapkan kepada kepimpinan MPP'09 UTM yang baru. kami berharap MPP kali ini khususnya Jabatan Kerohanian dan Sosial (JAKERS) dapat memandang serius masalah sosial yang berlaku di kalangan mahasiswa UTM. semoga kempen MAHAR'09 ini bukan hanya untuk tempoh yang direncanakan. sebaliknya diharapkan MAHAR'09 dapat memberi impak yang besar kepada mahasiswa UTM. kami di LTKS menyokong sepenuhnya program MAHAR'09. -Mengembalikan Izzah Mahasiswa dan Meletakkan UTM di Tempat yang Selayaknya-

No comments: