Wednesday, January 07, 2009

selamatkan PALESTINE!




BOIKOT BARANGAN AMERIKA DAN ISRAEL LAKNUTULLAH BUKTI KETAKWAAN

Oleh: Nurul Hayati Abd. Latif

Timb. Ketua Penerangan GAMIS


“Qulil haq wa lau ka na murro”. Maksudnya: “ Katakanlah yang benar walaupun pahit”.

Bosan. Bosan dengan boikot. Itulah pejuang Islam yang alpa. Tidak sedar diri dan berangan.

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine”

Ana terfikir sejenak. Maaf, ana rasa lebih sesuai kita berbahasa kau dan aku di sini, kerana ukhuwah kita yang mantap dengan rabithah hati mengikatnya. Hayatilah luahan ana. Jiwai mesej yang ana sampaikan.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61 : 2,3)

Kau hebat berdemonstrasi di jalanan. Esoknya, kau pekena Mc’Donalds bersama temanmu. Aku? Aku pun peduli demonstrasi. Tapi, aku haramkan diriku dari semua yang menyumbang pada pembelian alatan perang Israel laknatullah. Wajib boikot barangan mereka. Sudah lama aku memboikot semua itu. Namun, kau masih meremehkannya. Bagaimana ekonomi mereka lumpuh, sedangkan aku yakin, kau pula sebaliknya. Aku dan kau berbezakah? Hanya taqwa membezakan kita. Kita semua pejuang Islam, ayat manisnya ‘kita semua mengaku diri sebagai pejuang Islam’. Walau kau hebat di mata dunia, pendakwah yang berkaliber, berkarisma dan berwibawa, pejuang yang tidak kenal penat, apalah gunanya andai kau pro-Amerika bertopeng Muslim..?

Apa yang kau bantu dengan demonstrasi?

Ya, kau menimbulkan kesedaran masyarakat untuk insaf dan prihatin terhadap isu Palestin. Bila prihatin, mereka menyumbang dana untuk membantu Muslim di sana. Ya, kau benar. Tapi, kau turut menyumbang pada musuh kita Zionis Israel laknatullah. Apa faedahnya membantu saudara Muslim dalam masa yang sama membantu Zionis membunuh mereka? Bila alatan perang mereka rosak, Amerika memberikan alatan baru. Kereta kebal yang canggih mengatasi kereta kebal Britain pun hasil sumbangan Amerika. Mana Amerika dapat duit sebanyak tu menyumbangkan pada mereka? Senjata peperangan yang canggih-canggih dibekalkan tanpa putus. Ya, kau yang membantu sama. Peluru yang tembus dada saudara Muslim di sana adalah hasil kenyangnya perut kita di sini. Dana dari pembelian produk Amerika oleh warga Malaysia menyumbang sama. Kau makan itu dan ini, kau gelak sambil makan, kau baca surat khabar di Mc’ Donalds tentang Palestin dan kau kutuk Yahudi dan menangis. Tapi kau? Kau yang sumbang sebenarnya.

Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine” “Saya terkejut ketika ada sebahagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan modern produk Amerika.” Dr Qardhawi kemudian mengatakan, setidak-tidaknya dukungan seorang muslim terhadap Palestin itu wujud dalam niat jihad dan mati syahid untuk membela Palestin. “Siapa yang tidak pernah terlintas di hatinya untuk berjihad, maka ia mati dalam keadaan munafiq,” kata Yusuf Qardhawi sambil menyebut salah satu hadits Rasulullah saw tentang hal tersebut. “Wahai kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajiban bagi seluruh Muslim di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca cola, misalnya,akan menjadi sebuah peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan kemana wang itu dibelanjakan? .. “Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembalilah dan siapkan persenjataan kita. Kembalilah dan bangunlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka.!!! Allahu Akbar !!!” Demikianlah fatwa dari seorang ulama besar DR. Yusuf Al-Qaradhawi, pada hari Ahad, 8 Oktober 2000, yang disiarkan oleh Al-Jazira News Network, sebuah stesyen TV di Qatar.

Ya, kau kata peratusan sumbangan kau kecil, tapi kau tak kira sumbangan kawan-kawan lain sepertimu. Mari kita fikirkan: Pada suatu hari, (kisah orang-orang yang tiada kesedaran tentang boikot) seorang Pejuang Islam beli satu bucket ayam Kentucky Fried Chicken (KFC), yang seorang lagi beli dua set potato chips big size di Mc’ Donalds, yang seorang lagi beli dua set air kotak Nestle Milo untuk minuman ahli majlis mesyuarat (mesyuarat tentang isu umat Islam), manakala yang seorang lagi beli bedak Johnson n Johnson sebab bedaknya dah habis..dan lagi..dan lagi..lengkaplah satu hari apabila dijumlahkan semua sumbangan, Amerika pun menghadiahkan kereta kebal baru bagi menggantikan kereta kebal Israel yang dah nak hancur akibat anak-anak Palestin baling batu padanya. Kerja orang ‘bijaksana’ mana lah yang memalukan ini..? Penat adik-adik di sana bermandi darah demi memegang keyakinan bahawa mereka akan menang walau dengan balingan batu, rupa-rupanya di pihak kita, anak-anak pejuang Islam malah pejuang-pejuang Islam itu sendiri dok sibuk beli barang-barang Amerika dan Israel Laknatullah..untuk hancurkan mereka di Palestin..! ALLAHU AKBAR! Kau tak mengaku salah, kan? Kau pandang enteng soal boikot. Sedangkan Tun Mahathir yang berpemikiran kritikal pun pernah bangkitkan soal boikot ini. Kau jangan pandang sebelah mata, ingat ni! Lumpuh ekonomi mereka, menanglah ISLAM! Kenapa hebat berjuang, tapi dalam masa yang sama kau yang hancurkan Islam. Ironi bukan? Seandainya seorang pejuang Islam sendiri menggunakan dan memakan produk dan barangan Amerika yang pastinya sedikit atau banyak menyumbang kepada kematian saudara semuslimnya. Biarlah kerajaan jika tiada kesedaran lagi, takkan kita yang mengaku pejuang islam pun sama lembab dan degil seperti kerajaan kita? Maaf kata, perjuang Islam perlu dicabar nak bagi faham. Itu kenyataan. Nak tunggu seluruh Palestin ketandusan umat Islam, baru kita tepuk dahi menyesal?

Bermesyuarat hari-hari membincangkan isu dunia, isu negara, isu kampus. Kau bercakap bagai kobaran api. Lantang bersuara membuktikan kesal. Terharu dan sendu menjentik kesedaran sahabat-sahabat. Tapi, bila jawatankuasa mesyuarat hidangkan Nestle Milo, kau minum tanpa segan silunya..siap mengedarkan pada kawan-kawan. Aku melihat dari jauh. Air mataku tumpah ..Inilah umat Muhammad..Di akhbar hebat membantah, di masjid hebat bertazkirah, berdemonstrasi sana sini menghabiskan suara, nuqaba’ yang disegani dan dihormati..karisma membangkit ketegangan..tapi, iman senipis kulit bawang..diri sendiri mencincang saudara di malam pekat..tanpa kau sedari..nafsu bermaharajalela..kau yang menyumbang..kau sebenarnya..usah kau berdalih..andai seluruh hidupmu, ribuan kau sumbangkan buat peluru, senapang dan kereta kebal mereka..Kau makan itu dan ini, kata kau itu keperluan asasi manusia. Kau lupa saudaramu kelaparan di Palestin. Kau lupa kau turut berkompromi membunuh ketua-ketua keluarga yang menyara ibu dan anak Palestin selama ini. Orang lain syahid, kau pula terus memburu syahid..Kau kata kau ingin syahid, berjuang di Palestin. Tapi, kau lupa mujahadah nafsu pun kau belum lulus, bagaimana kau berangan untuk mujahadah jiwamu di jalan Allah, sebagai syuhada’?

Kadang kau malu dan makan di dapur, kau beli Mc’Donalds Take Away, sedangkan Allah Maha Melihat. Kau melahap daging ayam Kentucky, sedang hati kau meragui..kau tahu kau salah, tapi kau mudah memaafkan dirimu..kau pandang kiri dan kanan..bimbang kredibiliti kau tercalar..kau malu jika orang nampak silapmu..nafsumu hebat menyokongmu..ya, makan lagi..makan lagi… kau berbisik sendiri: “Ah, aku peduli apa? Aku yang mengajak kawan-kawan berdemonstrasi, aku yang tolong gerakan Islam, aku yang buat kertas kerja, aku yang sumbang dana kepada saudaraku di Palestin” Tapi kau..kau lupa.. bantuan Allah dekat sebenarnya..kau yang menjauhkannya..ya, kau berpeluh-peluh, bertungkus lumus ke sana sini, memperjuangkan Islam, melaungkan takbir di sana sini…tapi bagaimana Allah nak bantu pejuang Islam…sedangkan pejuangnya sendiri culas menjaga kewarakan..Membazir sahaja usahamu..tiada erti perjuangan tanpa keikhlasan.

Antara banyak-banyak pemikiran ulama’ Islam, kebanyakannya menasihati kita agar berusahalah menjauhi barang-barang yang syubhah selagi alternatifnya ada di pasaran..Jordan sudah membuktikan..paling kurang, seharusnya Mc’ Donalds sudah lama lumpuh di negara kita..paling ringan, KFC seharusnya sudah lama bankrup di negara kita, paling tidak, Pizza Hut seharusnya sudah berzaman menggulung tikar…kau pelik kenapa Palestine masih dibom, ratusan jiwa terkorban..tapi kau terus makan barangan yahudi..kau tahu tak kau ibarat daun keladi, yang dicurah air pun tidak berguna..berbuih mulut orang tua ulama’ menasihati..kau masih degil juga..kau juga yang letih berjuang nak membela umat Islam , tapi kau garu kepala kenapa Islam tak menang lagi..aku tak nampak benda ni susah sangat..aku dan sahabat-sahabatku bersungguh-sungguh mempraktikkannya..sedangkan iman kami biasa sahaja, kenapa antunna yang lagi hebat imannya , tak mampu laksanakan? Ya, ada yang sudah laksanakan boikot barangan Amerika dan Israel ke atas dirinya, tapi majoriti antara sekian banyak pejuang Islam di Malaysia masih memandang ringan perkara ni..kita ni kan buat kerja Islam ..usahlah mengkhianati agama kita sendiri..terseksakah andai tidak makan KFC setahun? Bukankah kita sudah ada RFC..Radix Fried Chicken..susah payah HPA nak dibangunkan..Matikah andai tidak dapat Nestle Milo dua tahun..Radix Koko pun sudah ada sebagai alternatif..membuatkan air mataku keguguran kerana sekian lama merindukan Nestle Milo yang aku haramkan dari tubuhku..Nescafe, Coca cola pun sama..masih menjadi santapanmu..apa semua ini?.. Jihad ekonomi sudah lama dilaungkan..BOIKOT! BOIKOT! Di Mesir, Muqoto’ah! Muqoto’ah! namun berapa kerat sahaja pejuang Islam yang istiqamah..? Yang lain hanyut dibuai mimpi dan angan tiada berkesudahan..hari ni wajib boikot, esok sunat boikot, lusa harus, dan tulat .. “takpelah untuk kali ini je kita makan”….ALLAHUAKBAR! Palestin, aku kasihan dengan nasibmu..Pejuang Islam negara lain tiada iman sehebatmu..maafkan kami duhai saudaraku..Berangan di siang hari bahawa Palestin akan kembali merdeka, namun setiap hari menyumbang untuk Israel yang celaka, mengkayakan Amerika yang lebih dikenali dengan polis dunia atau kata ‘sopan’nya syaitan bertopengkan manusia..janganlah menangis hiba menonton tayangan slide Palestine, tapi selepas tu, sibuk bershopping barangan Johnson n Johnson untuk anak sendiri..mengutuk dan menghina Israel, sedangkan kau yang mengisi machine gun mereka setiap kali kehabisan peluru..kau yang menjandakan ibu-ibu mulia di Palestin, kau yang meyatimkan anak-anak kecil di Palestin, kau yang membedil mereka siang dan malam tanpa belas ihsan..janganlah kau kata sukar, sukar sekali hendak jihad ekonomi..mujahadah nafsu..ketagihan jika tak makan KFC..orang yang lagi hebat gemarkan KFC dari kau pun mampu berhenti membeli dan makan demi kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya..sedangkan pejuang islam yang lain mampu lakukan..pejuang islam macam mana kau ni? Andainya tidak sanggup berjuang? Jagalah kewarakan selagi mampu..kita umat yang mulia dilahirkan sebagai sebaik-baik umat, yakni mengajak kepada kebaikan dan menegah kemungkaran..

Wahai sahabat-sahabat yang aku hormati dan segani, inilah jalan dakwah kita. Menegur yang alpa, menasihati yang lalai..aku kan cerminanmu..kita kan sahabat seperjuangan..terimalah nasihatku, amalkan ia andai ada benarnya..Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Aku menyeru diriku dan dirimu, duhai sahabat dan saudara seakidah, demi Allah dan Rasul-Nya. Korbankanlah kemahuan dan kehendakmu, korbankan hartamu sehabis baik, selagi ada alternatif barangan Muslim, ayuh kita boikot! Boikot barangan Amerika dan Israel laknatullah demi Allah dan Rasul-Nya. Boikot semampumu, asalkan ada makanan halal untuk hidup, tak perlulah bermewah dengan makanan dan barangan yang diimport dari Amerika dan Israel. Demi Allah dan Rasul-Nya..aku merayu pada kau duhai sahabatku, kita berjuang siang malam, kenapa bazirkan semua pelaburan akhiratmu dengan membunuh saudara darah daging kita sendiri…

Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya merupakan perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berwaspada terhadap perkara syubhat sesungguhnya dia telah menyucikan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang terjebak kepada perkara syubhat maka dia telah terjebak kepada yang haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, ditakuti meragut di kawasan tersebut. Ingatlah bahawa setiap raja mempunyai kawasan larangan dan ingatlah bahawa larangan Allah itu ialah apa yang diharamkan-Nya.”

(H.R. Bukhari dan Muslim)

Contohilah teladan agung Penghulu segala nabi, Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda yang mulia radhiallahu’anhum. Jalan kehidupan wara’ yang dijejaki oleh orang-orang tasawuf adalah hasil kecintaan mereka kepada Allah subhanahu wa ta’ala serta pegangan mereka terhadap hidayah daripada-Nya. Juga merupakan natijah kebimbangan yang begitu tinggi daripada terjebak kepada perkara yang tidak diingini oleh Allah s.w.t. Ini kerana sesiapa yang mengecapi kemanisan iman pasti Allah memuliakannya dengan taqwa. Sesiapa yang mencapai kesempurnaan taqwa nescaya dia wara’ daripada perkara syubhat, takut kepada Allah serta mengharap kelebihan-Nya sebagaimana kata-kata Syah Al-Kirmani: “ Tanda taqwa adalah wara’. Tanda wara’ adalah terhenti daripada melakukan perkara syubhat. Tanda takut ialah bimbang atau sedih dan tanda berharap pula ialah taat”.

Rujuk barangan boikot.

Demi Allah dan Rasul-Nya!

Ayuh, kita boikot barangan Amerika dan Israel!

Wallahua’lam.


No comments: