Mahasiswa UTM Mengecam tindakan Israel
UTM Skudai,2 Januari 2009: Keganasan Zionis terhadap umat Islam di Palestin pada 27hb Disember 2008 lepas telah meletuskan api kemarahan Umat Islam di seluruh dunia. Rentetan daripada peristiwa tersebut, lebih kurang 800 Mahasiswa Islam UTM yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan pelajar, staf-staf UTM telah berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Ismail UTM bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap kekejaman yang menyebabkan hampir 400 nyawa terkorban dan 2000 yang lainnya cedera di Palestin.Himpunan hari ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami, selaku wakil Mahasiswa Islam UTM . Beliau telah memberikan sedikit ucapan bagi menaikkan dan membangkitkan semangat bencikan Israel. Ini merupakan respon dari mahasiswa UTM terhadap tindakan Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Saudara Amin juga meminta umat Islam pada keseluruhannya supaya memberikan bantuan dan sumbangan semampu yang boleh bagi memastikan saudara seakidah kita di palestin tidak terus teraniaya oleh kekejaman Zionis. Selain itu, beliau juga meminta supaya Umat Islam khususnya di UTM memboikot barangan-barangan yahudi dan tidak menggunakan produk-produk keluaran Yahudi ada di dalam negara kita.
sumber: http://pmiutm.blogspot.com
No comments:
Post a Comment