Wednesday, October 26, 2011

Apa beza 'Rukun' dengan 'Wajib'?

 Assalamualaikum wbt 

Pada 26/10/2011,Selasa, pihak LTKS dengan kerjasama
Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan Rakan Pusat Islam (RPI)
telah menganjurkan program ceramah 
DISKUSI IMAN 
bersama  Dr Hj Ann Wan Seng 
(penulis,penceramah,usahawan berjaya)

Dr Hj Ann Wan Seng begitu semangat menyebarkan ilmu


Untuk pengisian rohaniah entri kali ini,
Ingin saya kupaskan secebis isi daripada ceramah beliau iaitu mengenai
perbezaan RUKUN dengan WAJIB dalam Islam.

Sepertimana yang ditetapkan dalam Islam, 
jika rukun sesuatu ibadat dilanggar,maka seluruh ibadat tersebut menjadi tidak sah.
Contohnya jika tidak cukup rukun solat ketika menunaikan solat,
maka solat akan terbatal.

Amalan wajib sesuatu ibadah juga begitu,
Jika ditinggalkan,rosak seluruh ibadat.

JADI APA BEZA RUKUN DENGAN WAJIB?

"Apa beza INTIP dengan INTAI?"
"Apa beza TENGOK dengan LIHAT?"

Ini adalah antara perbandingan yang dikemukan oleh beliau untuk
mencetus persoalan dalam fikiran hadirin hadirat sekalian---

'Rukun dengan wajib...rasa2nya x de beza pon kan?'

Jawapannya: Rukun berbeza dengan wajib!

Rukun
Mesti buat
Kalau tak buat, ibadat tak sempurna
Tidak boleh diganti dengan dam,etc

Wajib
Mesti buat
Kalau tak buat, boleh bayar dam

Subhanallah! Begitu telitinya Allah dalam 
membentuk undang2 dalam Islam.

Semoga ilmu ini dapat kita ambil iktibar dan sebar-sebarkan 
sesama saudara muslim sekalian. 

Berikut pula antara beberapa gambar yang diambil ketika program tersebut

Ramainya yang datang kerana Allah SWT!!! Alhamdulillah


Saudara Amirul yang macho begitu tekun menjaga PA System

Pengetua Firdausi memberi cenderamata pada Dr Hj Ann Wan Seng

Ini pula adalah montaj untuk Diskusi Iman. Silakan menonton ya~

InsyaAllah setakat ini sahaja
entri kali ini. 

AMIN~



No comments: