Wednesday, July 02, 2008

KTDI dan Mahasiswa...

Sebagai pelajar yang sudah lebih kurang dua tahun menetap di KTDI saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai kolej ini kepada pelajar-pelajar baru sekalian.
· Untuk pengetahuan adik-adik hanya lima buah blok di KTDI iaitu M19, M20, M21, M25 dan M27 sahaja yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan manakala blok selebihnya didiami oleh pelajar lelaki.
· KTDI merupakan antara kolej yang paling stategik berbanding kolej-kolej lingkaran dalam. Ini kerana terletak berhampiran dengan CICT, PSZ, Balai Cerap, Perhentian Bas Meranti, Tapak Bazar, Pejabat Pos, Tasik dan bermacam lagi. untuk pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, KTDI pasti menjadi pilihan. Tidak hairanlah kalau dilihat kuota pengetua memang menjadi rebutan.
· Berhampiran dengan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKKSA), Fakulti Comuter, Fakulti lingkaran dalam.
· Walaupun KTDI masih tidak menawarkan kemudahan wireless di setiap blok, tapi pelajar masih berpeluang menggunakan kemudahan internet di kawasan sekitar dewan sri resak.
· Bagi mereka yang tidak mempunyai laptop boleh mendapat kan kemudahan computer dan internet di CYBER 5. Dibuka setiap malam dengan menawarkan perkhidmatan yang berpatutan. Malah kemudahan scan, printer dan baiki computer turut disediakan disamping menjual aksesori computer.
· Meawarkan kelab yang pelbagai seperti Jawatankuasa Mahasiswa (JKM), Lujnah Tarbiah & Kepimpinan Surau (LTKS), Peimbing Rakan Sebaya (PRS), Kelab Keusahawanan KTDI, Akustika, Ikhwatul Muslimin, KARISMA, GAMELAN, CYBER 5, TEAM 5 dan sebagainya.
· Satu-satunya kolej di UTM yang mengadakan IFTAR berkala. IFTAR atau majlis berbuka puasa beramai-ramai diadakan setiap hari Khamis dianjurkan oleh kelab LTKS KTDI.
· LTKS KTDI turut mengadakan “KULIAH MUSLIMAT” setiap malam Jumaat di Surau An-Nasuha dimana kuliah disampaikan oleh Ustazah Naemah dari MSI.
· Setiap bulan Ramadhan diadakan IHRAM dimana setiap malam solat terawih diadakan secara jemaah di Drwan Sri Resak, moreh selepas solat terawih di Dewan Serbaguna dan Tadarus Al-Quran. Selain itu pengisian seperti bengkel, ceramah dan pertandingan diadakan sepanjang bulan Ramadhan.
· Majlis perkenalan kelab (MAPEK) diadakan 2 minggu selepas kemasukan pelajar baru. MAPEK bertujuan member peluang kepada setiap kelab di KTDI memperkenalkan dan mempromosikan kelab masing-masing kepada baru.
· Kuato pengetua.. hanya kepada pelajar yang benar-benar akif sahaja.
· Carnival sukan antara kolej-kolej (SUKAM) menawarkan pelbagai acara sukan.
· Carnival sukan Resak (FESTRA) menggalakkan pelajar-pelajar di KTDI aktif dalam sukan. Selalunya diadakan pertandingan sukan antara blok.

Terdapat pelbagai lagi perkara menarik yang terdapat di KTDI. Apa yang pasti nasihat kami di LTKS KTDI agar anda semua pandai membuat pilihan. Tidak salah untuk kita aktif berpersatuan selagi kita pandai membahagikan masa antara pelajaran dan tangungjawab yang lain.
Suka disini saya berkongsi bahawa untuk menjadi mahasiswa yang berdaya saing itu bukan hanya terperap di dalam bilik menelaah pelajaran, tetapi mahasiswa yang Berjaya menyusun masanya dan merebut segala peluang yang ada.

Tuesday, July 01, 2008

salam perkenalan.....

SELAMAT DATANG KE KOLEJ TUN DR. ISMAIL....

'mari bersahabat di jalan ALLAH'


ikhlas dari LTKS KTDI....
-Islam Sebagai Cara Hidup-